JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Ahad bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya yang merupakan ADUN Puteri Wangsa, sebagai wakil MUDA di Johor beliau tidak lagi akan berkongsi blok yang sama dengan PH atau BN.
"Apa maksudnya untuk kedudukan kerusi Puteri Wangsa? Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kedudukan sebelum ini untuk PH dan MUDA adalah di blok pengimbang kerajaan.
"Maka sebagai Timbalan Presiden MUDA, kini saya juga bersama-sama dengan keputusan parti untuk keluar dari kumpulan blok PH dan BN.
"Ini sejajar dengan aspirasi untuk mengekalkan prinsip politik yang telah saya dan MUDA bawa sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Walaupun tidak lagi bersama PH, Amira berkata, negeri dan penduduk DUN Puteri Wangsa tetap menjadi keutamaan walau apapun cabaran atau ujian yang akan dihadapi selepas ini.
Beliau akan menggalas mandat yang diberikan rakyat kepadanya pada PRN Johor lalu sehingga pilihan raya akan datang.
"Saya percaya politik baru menuntut setiap satu wakil untuk mengambil tanggungjawab yang dihulur dari rakyat dan pengundi. Keputusan yang MUDA lakukan ini adalah bertujuan untuk terus melindungi amanah tersebut," katanya.
Pada Ahad, MUDA memaklumkan akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Syed Saddiq menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.
Susulan itu pada Isnin, Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng berkata, MUDA kini tidak lagi berada dalam blok pengimbang PH di negeri ini dan langkah tersebut adalah wajar berdasarkan keputusan terkini MUDA selepas tidak lagi sehaluan dengan PH dalam beberapa perkara.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 12 2023
Amira berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Ahad bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.